Rabu, 11 Mac 2015

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1.1       ISU DAN CABARAN SEMASA

1.1.1 Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan


Menurut Kamus Dewan (2007) :



  • Isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. 
  • Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  ialah :
  •  Untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan, bekualiti dan untuk itu. 
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.


Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan :
  • ledakan ilmu yang berbentuk global
  • masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.
1.2 INTEGRASI NASIONAL

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentu entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama, Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


1.2.1 SEKOLAH WAWASAN

Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan 3 buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhanannya untuk mengeratkan perpanduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam kelas masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

1.2.2 PERANAN GURU DALAM MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONAL


Guru  dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh dengan agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi :



  1. Memperkasakan bahasa kebangsaan
  2. Memantapkan perpanduan negara dan integrasi nasional.
  3. Memupuk  kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
1.2.3 KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpanduan yang erat.
Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia
1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1996) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratizion of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.



Dasar-dasar pendemokrasian di Malaysia
Cabaran yang perlu dihadapi 

1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)

Terdapat 4 tonggak pendidikan UNESCO :
   (i)         Belajar untuk menguasai ilmu (leaning to know)
   (ii)        Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
   (iii)       Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
   (iv)       Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)

1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa  globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan balasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalm konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk menwujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.

Impak globalisasi dalam pendidikan
     (i)         Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa
     (ii)        Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar
     (iii)       Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
     (iv)       Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi swasta.
     (v)        Kepentingan pengajaran sains dan teknologi,
     (vi)       Pembenlajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
     (vii)      Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
     (viii)     Pembudayaan teknologi
     (ix)       Penyediaan peluang pendidikan
     (x)        Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara
     (xi)       Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa
     (xii)      Trandormasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.






1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya : cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuana dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun temurun.


Langkah pembinaan negara bangsa

1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(TMK)

Antara faedah yang boleh diperolehi daripada Teknologi maklumat dan Komunikasi ialah :


  1. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
  2. Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
  3. Memperkembangkan kemahiran aras tinggu seperti kolborasi di mana-mana shaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran, Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.

1.8 GEJALA SOSIAL 

Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan positif tetapi sebaliknya. Maka kebanyakan pelajar terlibat dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit verteknologi canggih.

Faktor menyebabkan gejala sosial

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bab ini sila tekan disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan