Rabu, 11 Mac 2015

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang :



  • Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
  • Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan
  • Sukar berhubung dengan orang lain.
  • Mempunyai 2 atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti :
  • Acrophobia (takut kepada ketinggian)
  • Agoraphia (takut kepada tempat terbuka)
  • Astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat)
  • Hydrophobia (takut kepada air)
  • Sitophobia (takut makan)
  • Xenophobia (takut kepada orang asing)
  • Nytophobia (takut kepada kegelapan)
  • Mysophobia (takut kepada kotor)
  • Lain-lain
Gangguan kecemasan mencaupi antaranya :
  • Gangguan panik (panic disorder)
  • Fobia sosial (social phobia)
  • Gangguan kecemasan umum
Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambaran dengan kecemasan.


3.1.1 Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid 

Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya :


       (i)    Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.


       (ii)    Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.


3.1.2 Punca Gangguan Emosi


Faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti :


   (i)     Masalah ketidakfungsian otak

   (ii)    Pemakanan
   (iii)   Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri
   (iv)   Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif
   (v)    Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid



  • Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya
  • Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
  • Modifikasi tingah laku yang sesuai.
  • Didedahkan dengan pengurusan emosi.
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian .
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK

3.2.1 Latar Belakang

Konveksyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 san memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi :


  • Pengabaian
  • Penderaan
  • Eksplaitasi
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya

Prinsip-Prinsip konvensyen
  1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan
  2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
  3. Kepentingan terbaik anak-kanak harus diberi keutamaan.
  4. Kanak-kana harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan dierikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen

Konveksyen Hak Kanak-Kanak ini telah :

  • Memperaui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan,warna kulit,jantina, bahasa,agama dan sebagainya.
  • Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka. 
  • Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
  • Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan has termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  • Mengiktirafkan bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
  • Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
 Prinsip Utama Konveksyen Hak Kanak-Kanak

Konveksyen dalam kominteman kepada perlindungan
kanak-kanak di Malaysia
Bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu

(i)    Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (akta 468)
(ii)   Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
(iii)  Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat)
(iv)  Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) 

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak

Antara cara melindungi kanak-kanak di Malaysia : 
Usaha untuk melindungi kanak-kanak
Untuk maklumat lebih lanjut tentang bab ini sila klik disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan