Rabu, 11 Mac 2015

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.1 KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.1.2 Definasi Perubahan

Perubahan : Penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998) . 
Menurut Kamus Dewan : perubahan ialah peralihan atau pertukaran

6.1.3 Definasi Inovasi

Inovasi : Cara atau pendekatan terkini dalam pelaksanaa sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.

6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Strategi perubahan

i.    Strategi Perubahan
        - Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah

ii.   Strategi Pujukan
       - Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi menyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.

iii.  Strategi Pendidikan Semula
        - Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.

iv.  Strategi Pemudah Cara
       - Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
       - Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan & khidmat teknikal)

6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa (PNB) 

PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah.

6.2.3 Pengurusan Pendidikan

Pendidikan : Asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa iaitu :

  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan bilik darjah yang kondusif
  3. Landskap Maklumat
6.3 ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN

6.3.1 Latihan Perguruan

i.Naik Taraf Maktab Penguruan ke Institusi Pendidikan Guru
ii . Kurikulum Latihan Perguruan

Untuk maklumat lanjut tentang bab ini , boleh klik disini.

BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.1 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.1.1 Konsep inovasi

  • Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
  • Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
5.2.1 Inovasi Dalam Pendidikan 

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran :
  • Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
  • Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi interne dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk :
  • Pengenalan teknologi baharu
  • Perubahan dalam sistem penyampaian
  • Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti
5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
  • Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yan dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produ atau tugasan.
  • Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
  • Projek jangka masa panjang (setahun,merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)
  • Ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penafsiran berasaskan prestasi.

5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 

Objektif PBM 

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objektif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah :
  • Mengukuhkan kemahiran pekahar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • Memperkembangan kemahiran pelajar menginterasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
  • Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menggalakkan pembelajaran kumoulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow &Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin,2005)
Ciri-ciri PBM 

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Langkah-langkah tersebut ialah :
  1. Pembahagian Kumpulan
  2. Mengenalpasti Masalah
  3. Menjana Idea
  4. Isu Pelajaran
  5. Pembelajaran Kendiri
  6. Sintesis dan Aplikasi
  7. Refleksi dan Tindak Balas
Proses Menyelasaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui 4 langkah penyelesaian iaitu :
  • Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya.
  • Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian.
  • Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancanf dengan teliti, langkah demi langkah
  • Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman,et al,2003)
Kelebihan PBM

Menurut Montgomery (2000) antara kelebihan utama PBL berbanding strategi lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkannya olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu

5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Penggunaan Teknologi Dalam Pegajaran
  • Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid,audio dan tayangan video
  • Penggunaan sumber internet dalam pengajaran.
  • Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima.
  • Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan
  • Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
  • Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.
Persekitaran Blik Darjah Maya (virtual Learning)
  • Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti
  • Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran.
  • Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran
  • Pelajar perlu berdaftar
  • Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
  • Perkembangan pesat internet boleh membawa kepada perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.

5.3.1 Reka Bentuk Resos

  • Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT :



5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)

PLE 

  • Dikenali sebagai Personal Learning Enviroment
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku
  • Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian 
  • Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
  • Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
  • Memenuhi konsep, pembelajaran sepanjang hayat
5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Petaksiran ialah 1 proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. 

Tujuan Penaksiran
  1. Proses mendapatkan  gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankann semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran
  4. Merancang aktivit pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Jenis Penaksiran

  • Penaksiran pembelajaran
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran berasaskan portfolio
  • Penaksiran kendiri
  • Penakksiran berasaskan komputer
Untuk maklumat lebih lanjut tentang blog ini, sila klik disini.

BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

4.1 STRES

4.1.1 Konsep Tekanan Stres

Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebgai keadaan resah,cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

4.1.2 Jenis-Jenis Stres

Mengikut Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres tersebut ialah :

Jenis-jenis stres
 4.1.3 Punca -punca dan Tanda-tanda stres Dalam Kalangan Guru


Punca-punca stres
Tanda-tanda Simptom Stres

  • Masalah ingatan
  • Kurang beri tumpuan
  • Membuat penilaian tidak tempat
  • Sakit sendi, cirit-birit atau sembelit.
  • Sakit kepala, pening
  • Makan lebih atau kurang
  • Tidur lebih atau kurang
  • Suka menyendiri dan sebagainya.
Langkah-langkah menangani Stres




 4.2 BURNOUT GURU

4.2.1 Konsep Burnout

Istilah teacher burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood,2000). Burnout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang bekerja dengannya (Maslach,1976; Seidman &Zager, 1837, dalam Aeria,1995)

4.2.2 Tanda-Tanda Burnout

  • Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
  • Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
  • Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.
4.2.3 Perbezaan Antara Stres dan Burnout




 4.2.4 Punca-punca Burnout Stres 

Burnout boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah :

 a) Gaya hidup
 b) Personaliti guru
 c) Tekanan kerja
 d) Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik

4.2.5 Tanda-tanda dan Simptom Burnout

Burnout : Satu proses yang berlaku secara ansur-ansur dalam suatu tempoh yang panjang.




4.2.6 Langkah-Langkah Menangani Burnout

  1. Latihan atau sesi pengenduran untuk peserta meregangkan badan.
  2. Membuat meditasi
  3. Membaca sesuatu yang memberikan isnpirasi atau menulis jurnal
  4. Bengkel pengurusan masa
  5. Program pementoran untuk guru novis
  6. Bengkel pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional.
  7. Latihan pemakanan.
  8. Menambah baik keadaan bekerja.

Secara kesimpulannya, guru perlu meningkatan kecerdasan emosi untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala burnout.



Untuk maklumat lanjut tentang bab ini sila klik disini .

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang :



  • Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
  • Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan
  • Sukar berhubung dengan orang lain.
  • Mempunyai 2 atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti :
  • Acrophobia (takut kepada ketinggian)
  • Agoraphia (takut kepada tempat terbuka)
  • Astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat)
  • Hydrophobia (takut kepada air)
  • Sitophobia (takut makan)
  • Xenophobia (takut kepada orang asing)
  • Nytophobia (takut kepada kegelapan)
  • Mysophobia (takut kepada kotor)
  • Lain-lain
Gangguan kecemasan mencaupi antaranya :
  • Gangguan panik (panic disorder)
  • Fobia sosial (social phobia)
  • Gangguan kecemasan umum
Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambaran dengan kecemasan.


3.1.1 Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid 

Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya :


       (i)    Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.


       (ii)    Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.


3.1.2 Punca Gangguan Emosi


Faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti :


   (i)     Masalah ketidakfungsian otak

   (ii)    Pemakanan
   (iii)   Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri
   (iv)   Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif
   (v)    Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid



  • Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya
  • Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
  • Modifikasi tingah laku yang sesuai.
  • Didedahkan dengan pengurusan emosi.
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian .
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK

3.2.1 Latar Belakang

Konveksyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 san memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi :


  • Pengabaian
  • Penderaan
  • Eksplaitasi
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya

Prinsip-Prinsip konvensyen
  1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan
  2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
  3. Kepentingan terbaik anak-kanak harus diberi keutamaan.
  4. Kanak-kana harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan dierikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen

Konveksyen Hak Kanak-Kanak ini telah :

  • Memperaui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan,warna kulit,jantina, bahasa,agama dan sebagainya.
  • Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka. 
  • Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
  • Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan has termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  • Mengiktirafkan bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
  • Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
 Prinsip Utama Konveksyen Hak Kanak-Kanak

Konveksyen dalam kominteman kepada perlindungan
kanak-kanak di Malaysia
Bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu

(i)    Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (akta 468)
(ii)   Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
(iii)  Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat)
(iv)  Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) 

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak

Antara cara melindungi kanak-kanak di Malaysia : 
Usaha untuk melindungi kanak-kanak
Untuk maklumat lebih lanjut tentang bab ini sila klik disini.

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN

2.1 PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Matlamat Tatatertib
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002), mengandungi peraturaan-peraturan seperti berikut:

2.1.1 PERATURAN-PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB SECARA UMUM

Tatakelakuan (code of conduct) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti berikut diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut ( Warta Kerajaan P.U (A) 295 Pindaan 2002) ialah :


2.1.2 TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN.

Peraturan 23 (Peraturan-Peraturan Lain Yang Berkaitan)
2.1.3 TINDAKAN TATATERTIB

  • Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
  • Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada 2 anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat. Hukaman yang dikenakan termasuklah :

2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996



Jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan


Kategori sekolah kerajaan bantuan  kerajaan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang bab ini boleh klik disini.

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1.1       ISU DAN CABARAN SEMASA

1.1.1 Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan


Menurut Kamus Dewan (2007) :



  • Isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. 
  • Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  ialah :
  •  Untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan, bekualiti dan untuk itu. 
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.


Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan :
  • ledakan ilmu yang berbentuk global
  • masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.
1.2 INTEGRASI NASIONAL

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentu entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama, Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


1.2.1 SEKOLAH WAWASAN

Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan 3 buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhanannya untuk mengeratkan perpanduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam kelas masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

1.2.2 PERANAN GURU DALAM MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONAL


Guru  dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh dengan agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi :



  1. Memperkasakan bahasa kebangsaan
  2. Memantapkan perpanduan negara dan integrasi nasional.
  3. Memupuk  kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
1.2.3 KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpanduan yang erat.
Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia
1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1996) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratizion of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.



Dasar-dasar pendemokrasian di Malaysia
Cabaran yang perlu dihadapi 

1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)

Terdapat 4 tonggak pendidikan UNESCO :
   (i)         Belajar untuk menguasai ilmu (leaning to know)
   (ii)        Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
   (iii)       Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
   (iv)       Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)

1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa  globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan balasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalm konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk menwujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.

Impak globalisasi dalam pendidikan
     (i)         Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa
     (ii)        Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar
     (iii)       Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
     (iv)       Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi swasta.
     (v)        Kepentingan pengajaran sains dan teknologi,
     (vi)       Pembenlajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
     (vii)      Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
     (viii)     Pembudayaan teknologi
     (ix)       Penyediaan peluang pendidikan
     (x)        Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara
     (xi)       Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa
     (xii)      Trandormasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.






1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya : cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuana dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun temurun.


Langkah pembinaan negara bangsa

1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(TMK)

Antara faedah yang boleh diperolehi daripada Teknologi maklumat dan Komunikasi ialah :


  1. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
  2. Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
  3. Memperkembangkan kemahiran aras tinggu seperti kolborasi di mana-mana shaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran, Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.

1.8 GEJALA SOSIAL 

Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan positif tetapi sebaliknya. Maka kebanyakan pelajar terlibat dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit verteknologi canggih.

Faktor menyebabkan gejala sosial

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bab ini sila tekan disini.

CARA MEMBUAT BLOG DAN MENGHIAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ... 

Pada era kini, perkataan 'blog' sering disebut oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira muda atau tua. Apa yang dimaksudkan dengan blog ? Blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah laman web  atau nama lain Weblog.
  • Web (talian) Log (Catatan) = Catatan Talian dan diringkaskan menjadi Blog
Blog biasanya dikelola oleh individu atau mana-mana sekumpulan pasukan (team members).

PLATFORM BLOG
  
Mengikut arus kemodenan, pelbagai platform blog  yang terkenal sekarang. Antaranya ialah : blogger, WordPress, Tumblr dan sebagainya . Blogger merupakan blog yang sering menjadi pilihan kebanyakkan masyarakat dan diikuti WordPress. 

SEJARAH BLOG

Media blog pertama kali dipopularkan oleh Blogger yang dimiliki oleh Pyra Labs sebelum diakuisisi oleh Google pada akhir tahun 2002.

Blog mempunyai fungsi yang sangat beragam dari sebuah catatan harian, media publikasi lembaga sampai media promosi dan bisnes (sejarah blog selengkapnya ). 

FUNGSI BLOG

Antara fungsi blog ialah :

1. Blog sebagai media sehala : Bentuk ini penulis menceritakan jalan hidup penulis, sebagai nukilan semata-mata dan hanya suka-suka sahaja, kemudian menutup ruang komen bagi pembaca.

2. Blog sebagai media dua hala : Bentuk ini sama seperti cara pertama, tapi cara kedua ini penulis membuka ruang komen bagi pembaca untuk memberi komen serta mengenali penulis seterusnya menjalinkan persahabatan melalui blog itu.

3. Blog sebagai media berbagai hala : Bentuk ini hanya berbeza sedikit dengan bentuk blog yang pertama dan kedua diatas, jika keduanya hanya dibuat suka-suka, yang ini dibuat dengan tujuan tertentu.  Diantaranya sebagai maklumat dan pendidikan, promosi barang jualan, pengiklanan atau perkhidmatan.


CARA MEMBUAT BLOG

Paling mudah adalah menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com . Di sini, saya menunjukkan bagaimana cara membuat blogger :)

Langkah 1 : Taip blogger di Google


Langkah 2 : Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'Google - Blogger'



Langkah 3 : Klik butang 'Create a account'. 



Langkah 4 : Lengkapkan maklumat diri.



Langkah 5 : Tekan New Blog untuk membuat blog .




Langkah 6 : 



  • Isikan 'Blog Tittle' iaitu tajuk blog anda. Contohnya Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address : tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Avaibility" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Kemudian, anda dikehendaki memilih "Templete" yang dikehendaki.
  • Setelah selesai , klik butang 'continue'.
Langkah 7 :


Langkah 8 : Cara untuk mula menulis di blog anda.





Langkah 9 : Cara nak preview, memasukkan gambar dalam entri anda.



Langkah 10 : 

Cara hendak menghias blog anda.
Pertama sekali , klik LAYOUT
Kedua , Klik Add A Gadget untuk masukkan jam,kalendar,latar belakang blog dan sebagainya.
Ketiga , Klik HTML/JAVA Script untuk menambah URL yang anda copy di blog  lain untuk memasukkan jam, cbox, latar belakang blog yang cantik.



Langkah 11 : Contoh blog saya yang sudah dan dimasukkan entri dan dihias .




Tahniah ! Maka dengan ini anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog serta menghias blog anda. Selamat ber'blogger' .

Sehingga berjumpa lagi..